Get free consultation from Waterco today! Please contact us at: +6011-1012 2889 | WhatsApp  

Penapis Air Halal Untuk Air Wuduk

Wed, 10 May 2023

air wuduk dalam masjid

Air adalah bahan asas untuk membersihkan kekotoran. Wuduk adalah perkara wajib bagi memastikan kebersihan seseorang sebelum menunaikan solat sepertimana yang tercatat dalam Al-Quran.   

Oleh itu, langkah tapis air merupakan faktor utama yang terpenting dan mempengaruhi penghasilan kualiti air untuk minum dan berwuduk dari sudut pandangan hukum syarak dan penyeragaman penyelesaian teknologi serta infrastruktur untuk menentukan air yang dibekalkan itu adalah halal dan selamat.   

Untuk memastikan bekalan air wuduk suci tidak terputus dari sebarang kondisi yang tidak dijangka, melengkapkan isi rumah, surau, rumah kebajikan dan masjid dengan penapis air berstatus halal adalah sesuatu yang amat dituntut dalam agama Islam. 

 

Sijil Halal Jakim

Hasil kajian daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mendapati 120 jenama penapis air yang diragui status halalnya berada dalam pasaran dengan harga yang murah. 

Menurut Dr. Mahyeddin Mohd Salleh, Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), kajian pihaknya dapat mengesahkan bahawa ada penapis air yang menggunakan tulang haiwan yang dijadikan bio seramik bagi membekalkan kalsium kepada air tersedia dalam pasaran tempatan.  

Kebanyakan penapis air diimport dari luar negara dan tidak mempunyai sijil pengesahan halal, dijual dengan harga yang lebih murah. 

Hal ini telah disahkan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) bahawa sistem penapis air yang diguna pakai adalah berasaskan  bahan dari sumber yang syubhah sebagai karbon aktif bagi menapis kotoran. 

Sehubungan dengan itu, JAKIM  dengan tegasnya telah mewajibkan setiap jenama penapis air perlu mendapatkan pengesahan halal sebelum dibenarkan dijual di pasaran. 

Masyarakat terutama pengguna Islam harus memastikan penapis air mempunyai pengesahan halal oleh badan yang diiktiraf.

 

glass pearl watercowaterco glass pearl

Glass Pearls Waterco

Glass Pearls Waterco ialah satu media penapis luar biasa yang melangkaui pilihan-pilihan konvensional dari segi kecekapan penapisan. Ia diperbuat daripada kaca tulen 100%, menghasilkan kejernihan air yang unggul dengan kemampuan penapisan yang lebih halus.

Tidak seperti media penapis lain yang mungkin mengandungi bahan tercemar, Glass Pearls Waterco tidak bertindak reaktif secara kimia dan dapat menjamin kebersihan yang luar biasa. 

Mutu kebersihan ini telah diuji oleh makmal untuk mengesan bahan pencemar yang terlepas dan didapati mematuhi Garis Panduan Air Minum Australia.  

Tambahan pula, Glass Pearls Waterco cekap dalam penapisan dengan mendalam. Berbeza dengan media konvensional seperti pasir, Glass Pearls Waterco mempunyai julat saiz zarah yang kecil dan terhad, iaitu dari 0.6mm hingga 0.8mm. 

Glass Pearls dihasilkan dengan bentuk geometri yang spesifik, menghasilkan penciptaan filter media bed yang padat dan seragam, dan mampu menapis zarah-zarah sehingga saiz 3 mikron.   
   
Akhir sekali, Glass Pearls Waterco menyumbang kepada pemuliharaan air. Bentuk sfera dan licin menghasilkan koefisien geseran yang rendah disamping memudahkan pembersihan berkesan terhadap bahan tercemar yang terperangkap semasa setiap kitaran backwash. 

Kelebihan pada Glass Pearl Waterco merupakan salah satu titik inovasi dengan tercetusnya sistem WuduPure untuk kolah wuduk, di mana ianya membantu menghapuskan kuman, sistem yang unik serta mudah diselenggara.

Ia bertujuan untuk menapis pelbagai jenis bahan tercemar dan sisa toksik berbahaya yang terkandung di dalam air seperti klorin, logam berat dan seumpamanya supaya dapat membekalkan sumber air minum yang bersih dan selamat.

 

air wuduk case study kota bharuair wuduk kota charu masjid

Kajian Kes di Kota Bharu 

Seperti masjid-masjid lain, Masjid Muhammadi Kota Bharu juga menyediakan kolah wuduk bagi jemaahnya. Namum, penjagaan kebersihan, keselamatan dan pemeliharaan kolah wuduk merupakan cabaran untuk ahli jawatankuasa masjid. 

Oleh kerana air kolah yang sering tenang di luar waktu penggunaannya, serangga yang terbang kerap dilihat berkeliling kolah wuduk serta kehadiran bahan organik dalam air yang boleh menyebabkan pertumbuhan alga dan mikroorganisma secara tidak terkawal.  

Setelah ahli jawatankuasa masjid berunding dengan Waterco, penapis air Micron Top Mount Fibreglass S700 Waterco dan dua pam air Hydrostorm 100 dipasang. Tambahan perangkap serangga dan pensteril UV membantu memerangkap serangga dan bunuh mikroorganisma.  

Sistem penapis yang telah dipasang sangat memuaskan. Serangga tidak lagi kelihatan terperangkap di permukaan kolah wuduk, dan air kelihatan jauh lebih jernih dan bersih, sedia untuk digunakan pada bila-bila masa. 

 

sistem waterco WuduPure

Kesimpulannya 

Umat Islam diwajibkan menggunakan air bersih yang suci untuk berwuduk bagi membersihkan diri sebelum mendirikan solat dan membaca al-Quran.   

Sistem penapis air WuduPure Waterco adalah antara penapis air terbaik yang mampu menyediakan air bersih yang halal dan dan selamat digunakan untuk tujuan berwuduk. 

WuduPure didatangkan dalam 5 spesifikasi teknikal yang berbeza, antaranya WuduPure Basic, Classic, Premium, Comfort dan Ultra, yang boleh dipilih mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.

Antara peralatan yang terdapat dalam pakej WuduPure adalah seperti pemanasan cekap tenaga (Pam Haba ElectroHeat), pam air jimat tenaga (Hydrostorm Eco-V), sistem pra-penapisan MultiCyclone (Siri MultiCyclone), sistem sanitasi (Pensteril Ultra Ungu (UV)), penapis sebaris dan sistem penapisan mekanikal (Penapis Siri Micron S).    

Malah, antara salah satu sistem WuduPure ini juga memberi keselesaan kepada pengguna dari segi suhu ketika berwuduk.   

Recently Viewed Products

    Copyrights© 2024 Waterco | Website Development by Stimulus