Get free consultation from Waterco today! Please contact us at: +6011-1012 2889 | WhatsApp  

Penapis Air Luar Rumah Untuk Keluarga

Wed, 4 Oct 2023

penapis air luar rumah

Air adalah sesuatu sumber kehidupan yang amat penting terhadap manusia. Kegunaan air kita mestilah dijamin bersih dan selamat untuk kegunaan harian. 


Jadi, dengan adanya penapis air atau filter air luar rumah, Ahli seisi keluarga usah bimbang terhadap kualiti air yang diminum lagi. 

 

Kenapa perlu memasang penapis air? 

Penapis air luar rumah dan filter air minum dapat menghapuskan klorin dalam air serta pelbagai bahan kimia yang menyebabkan air berbau. Selepas ditapis ia akan memberikan rasa yang jauh lebih baik daripada keadaan asalnya. 

Air yang tidak ditapis atau air tercemar boleh memberi kesan yang berbeza bergantung kepada keadaan individu. 

Sesetengah orang mungkin tidak mengalami apa-apa kesan manakala yang lain mungkin mendapat kesan yang teruk seperti menanggung penyakit yang serius contohnya penyakit kanser rektum dan penyakit kolon. 

Kebanyakan ahli keluarga menggunakan mesin tapis air untuk menghilangkan rasa payau dalam air serta menyingkirkan sebarang bahan tercemar atau warna dalam bekalan air awam. 

Oleh itu, penggunaan filter air luar rumah adalah baik untuk kesihatan dan meningkatkan kualiti udara.

Semestinya, penapis air mempunyai pelbagai jenis yang tersedia di pasaran. Setiap jenis mempunyai kelebihan masing-masing. Dalam artikel, saya akan mengkongsikan sedikit sebanyak ciri-ciri pelbagai penapis air luar rumah yang disyorkan kepada anda sekeluarga. 

 

penapis air luar rumah aqua crystal

AquaCrystal

Penapisan unggul ‘Deep Bed’

Penapis W & WD direka dengan penapis kedalaman yang bersaiz 600mm dan 1000mm, memberikan peningkatan penapisan kedalaman dan kapasiti pengekalan kotoran yang melonjak tinggi. 


Apabila kotoran mengalir melalui penapis ‘Deep Bed’, Mutiara kaca bersaiz sfera antara 0.6mm – 0.8mm dapat memerangkap zarah dalam ruang geometri yang amat sempit, memberikan kemampuan penapisan sehingga 3 mikron.

Selamat dan Jimat

Mutiara Kaca yang dihasilkan adalah 100% kaca tulen dan lengai secara kimia. Saiz sferanya yang licin menjadikan mutiara kaca tersebut benar-benar selamat untuk digunakan. 

Ketulenan uniknya mengurangkan tempoh penyucian operasi jangka panjang, memudahkan pembukaan penapis serta menjimatkan masa dan air.

 

penapis air luar rumah active zeo

ActiveZeo

ActiveZeo WM Series menapis segala air yang mengalir ke dalam rumah, memberikan air jernih dalam setiap paip. Keunikan jenis penapis air ini adalah penyaringan dan penyingkiran bermangkin. Proses adalah seperti yang berikut:

Penyaringan

Zarah yang lebih besar daripada ruang antara butiran penapis disekat pada permukaan.

Penyingkiran Bermangkin

DMI-Plus ialah pemangkin penapis air yang sangat berkuasa. Ia direka untuk menyingkirkan besi dan mangan dalam air larutan akueus tanpa memerlukan permanganat potassium atau penjanaan semula kimia.

Penapisan Kedalaman

Kebanyakan penapisan berlaku di dalam penapisan dalaman. Jurang antara penapis membentuk laluan berliku-liku yang memerangkap zarah kecil.

Penjerapan

Keupayaan untuk menapis zarah halus juga disebabkan oleh penjerapan - iaitu apabila zarah melekat pada permukaan penapis.

Pada masa ini penapis fibreglass sedang pantas menggantikan penapis keluli dalam pelbagai aplikasi air di seluruh dunia.

Bekas Fibreglass mempunyai binaan yang lancar bertentangan dengan bekas keluli, Ia mempunyai sambungan dikimpal yang mungkin bocor atau meletup.

Bekas Fibreglass tidak mudah terhakis, berkarat atau meninggalkan sebarang kesan yang tidak sedap dipandang.

penapis air luar rumah micron vital

MicronVital

Penapisan Multimedia yang jimat kos

Micron Vital menawarkan solusi yang kos-efektif untuk penapisan awal. Penapisan multimedia yang jimat merawat pengaliran air dengan penyingkiran Ammonia melalui  teknik zeolit ZeoPlus. 

Ini diikuti dengan penapisan mekanikal tambahan supaya dapat memerangkap kotoran atau zarah asing dalam pasir.

Zeoplus ialah penapis dengan keupayaan penjerapan yang dipertingkatkan.

 

Penyingkiran Ammonia

Keupayaan penyerapan penapis terjadi apabila zarah halus melekat pada permukaan penapis. ZeoPlus dalam MicronVital adalah penapis berkeupayaan menyerap ammonia yang tinggi.

 

Penggulungan Filamen yang kuat dan halus

Mesin penggulungan filamen termaju Waterco menghembuskan helai gentian kaca yang berterusan ke atas tangki dalaman penapis agar ia mampu menahan tekanan air yang tinggi sehingga 700kPa.  

penapis air luar rumah chor free

ChlorFree

Penapisan Penjerap Serbaguna

Rawatan GAC-Plus terutama adalah berdasarkan fenomena yang dikenali sebagai penjerapan serbaguna, di mana molekul cecair melekat pada permukaan luaran atau dalaman. 

GAC-Plus mempunyai permukaan dalaman yang luas (sehingga 900 m2/g) yang menjadikannya sesuai untuk penjerapan.

 

Mudah dan jimat kos

Hanya campur air dengan kepekatan yang dikehendaki serta berfungsi dengan baik tanpa sebarang peralatan dos.

 

Serbaguna, penjerapan tinggi dan gred air selamat diminum

Kapasiti yang tinggi dalam pelbagai sumber air mentah agar menjamin ketenangan pikiran anda.

 

penapis air luar rumah Micron W Series

Micron W Series Filter

Micron W Series Filter menapis segala air yang mengalir ke dalam rumah, memberikan air jernih di setiap paip. Keunikan jenis penapis air ini adalah penyaringan dalam proses penapisan. 

Proses penapisan lebih kurang seperti ActiveZeo WM Series hanya kekurangannya adalah penyingkiran bermangkin. Proses adalah seperti yang berikut:

Penyaringan

Zarah yang lebih besar daripada ruang antara butiran penapis disekat pada permukaan.

Penapisan Kedalaman

Kebanyakan penapisan berlaku di dalam penapisan dalaman. Jurang antara penapis membentuk laluan berliku-liku yang memerangkap zarah kecil.

Penjerapan

Keupayaan untuk menapis zarah halus juga disebabkan oleh penjerapan - iaitu apabila zarah melekat pada permukaan penapis.

 

Kesimpulannya 

Setiap jenis penapis air yang disyorkan diatas adalah penghasilan Waterco. Waterco diasaskan pada tahun 1981 di Sydney, Australia. 

Ia telah menjadi jenama global yang terkenal kerana menghasilkan ciptaan penapisan dan sanitasi untuk industri kolam renang, spa, akuakultur dan pembersihan air. 

Sejak itu, Waterco telah berkembang menjadi daya teknologi dan pengilangan yang menghasilkan produk cekap tenaga dan air, serta lebih mudah diselenggara. Jadi, kenapa tidak memilih Waterco sebagai penggunaan harian anda?  
 

Recently Viewed Products

    Copyrights© 2024 Waterco | Website Development by Stimulus